kita sebagai manusia ,iaitu hamba ALLAH SWT memang tak sempurna ..bila buat salah atau dosa,kita menyesal.. dan kadang-kadang kita buat lagi..Tapi ALLAH SWT Maha Pengampun..PengampunanNYA Maha Luas..kuatkan hati,kuatkan iman kita..bersabar lah dengan dugaan ..hidup di dunia ini sementara sahaja..yang kekal adalah di akhirat sana..entah esok,entah lusa kita akan mengadapNya..kita pun tidak tahu..tapi apa yang kita tahu dan kita pasti ,semua yang hidup pasti akan mati..Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan ALLAH SWT dalam iman..aamiin

Moga ALLAH redha..

Saturday, 29 November 2014

Manisnya Ujian ALLAH..

Assalamualaikum,, 

Barangkali ada yg bertanya,apakah yg akan mereka dapat dlm menghadapi ujian-ujian hidup? Tambahan pula,mereka diuji dlm soal ibadat dan ketaatan yg menuntut mereka bersungguh-sungguh menunaikannya.

Ya, bukan mudah sebenarnya . Namun, tahukah mereka bhw disebalik segala ujian yg dihadapi , ALLAH telah sediakan ganjaran berupa pahala yg besar kpd mereka.
Bayangkan lah..ketika tiba waktu subuh, kita bergelut dgn ujian utk bangun bagi melaksanakan solat. Ia bukan setakat menguji kemahuan kita utk segera bangkit menunaikan kewajipan, bahkan menguji kekuatan kita melawan hasutan dan godaan syaitan.

Bukan mudah utk melakukan ketaatan. Ujian dan cabarannya sentiasa ada. Begitu juga langkah kita ke masjid utk menunaikan solat berjemaah. Ada yg kuat. Namun ada juga yg lemah dlm menghadapi dgn pelbagai cabaran.
Halangan dan ujian tetap ada. Namun semuanya menuntut kpd kesabaran kita dlm melaksanakannya. Ganjaran dan pahala yg disediakan bagi mereka yg sabar setelah menghadapinya cukup besar.

Begitu juga dgn ujian dlm mendirikan solat. Dalam solat fardu, wajib berdiri bg org yg sihat. Maka sesiapa yg sihat namun sengaja tidak mahu berdiri,maka tidak sah solatnya. Tapi, jika kita sakit, kemudian solat dlm keadaan duduk, maka pahala kita samalah dgn pahala org yg solat berdiri. Fadilat org yg solat duduk krn sakit lagi besar krn dlm keadaan sedemikian, mereka tetap boleh menunaikan solat.

Ya. Demikian juga dgn mereka yg walaupun dlm keadaan sakit dan serba kekurangan, namun masih tetap bersemangat dtg ke masjid utk menunaikan solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Oleh sebab itu, sering dipesan agar mengingati tiga perkara yg akan kita perolehi apabila melakukan ibadat walaupun dlm keadaan sakit. Tiga perkara tersebut adalah pahala yg byk ,darjat akan dinaikkan dan akan dihapuskan dosa-dosa silam.

Bukan mudah utk melakukannya tambahan pula ketika diri diharungi kesakitan. Sebab itu,kita tidak boleh mengherdik dan mengutuk org sakit yg menunaikan solat, sedangkan mereka punya usaha utk melakukannya walaupun dlm keadaan yg kurang mengizinkan.
 Aduhai..betapa mulianya usaha itu, kecil tapi amat besar maknanya..

#petikan dari Tuhan Sedang Menguji Kita (Ustaz Kazim Elias)

-miss lili-