kita sebagai manusia ,iaitu hamba ALLAH SWT memang tak sempurna ..bila buat salah atau dosa,kita menyesal.. dan kadang-kadang kita buat lagi..Tapi ALLAH SWT Maha Pengampun..PengampunanNYA Maha Luas..kuatkan hati,kuatkan iman kita..bersabar lah dengan dugaan ..hidup di dunia ini sementara sahaja..yang kekal adalah di akhirat sana..entah esok,entah lusa kita akan mengadapNya..kita pun tidak tahu..tapi apa yang kita tahu dan kita pasti ,semua yang hidup pasti akan mati..Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan ALLAH SWT dalam iman..aamiin

Moga ALLAH redha..

Saturday, 3 October 2015

Aku hanya Seorang Hamba



Bismillahirahmanirrahim,,

Kebanyakan org cakap zaman menengah adalah zaman yg seronok . Zaman yang tidak boleh/tidak akan dilupakan. Bagi aku, itu lah zaman di mana aku tidak akn ingat sampai bila2 .Aku tinggalkan semua kenangan pada zaman itu di belakang apabila aku buat keputusan untuk move on. Benar banyak perkara aku belajar ketika itu, erti kehidupan , erti kematangan, erti mengenal diri  sendiri, siapa kawan dan sahabat, siapa yg ada saat kita jatuh dan saat kita bangun, siapa yg menghargai kita saat kita berjaya, siapa yg tinggalkan kita saat kita benar2 memerlukan . Ya, aku benar-benar belajar pada zaman itu. Hanya beberapa sahaja, sahabat yang masih bercontact dgn aku sehingga kini. Selebih nya, aku sendiri tidak mahu ambil tahu. Tetapi, sekuat mana lah aku untuk melawan ketentuan ALLAH SWT. Apabila duduk sendirian ,kerap aku terimbau kembali semua kenangan itu. Kenangan yg aku ingin lupakan. Apa yg aku kesal, bkn kenangan yg baik tetapi kenangan pahit yg akn aku ingati semula. 

Pada aku erti kehidupan yg sebenar adalah kehidupan selepas SPM. Sesudah habis kertas akhir, terasa lega sgt krn segala tension sudah pun berakhir, rasa bebas sangat. Sebelum berpisah dgn yg lain, kami membuat janji akn saling contact, akn selalu jenguk kabar, dilarang utk lost contact bagai , kami bergambar smbil tersenyum saat itu. Saat itu, ya aku sedang bergembira dgn rakan lain. Tetapi senyuman itu tidak kekal lama apabila selepas itu tercipta kenangan hitam dalam hidup aku. Berbulan aku trauma, setiap malam ia kan menghantui aku di dalam mimpi mahupun dlm sedar. Aku takut dgn bayang-bayang sendiri. Saat itu aku cari Tuhan tapi jiwa aku masih lemah, masih takut. Terfikir utk bunuh diri pun ada waktu itu.Tetapi sedikitpun aku tidak pernah bercerita pd keluarga tentang hal ini. Segalanya aku pendam sendiri. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ingin mulakan bicara. Aku bangun sendiri, aku kesat airmata sendiri, aku pujuk diri sendiri. Berbulan aku cuba, ianya tidak semudah yg disangka. Dengan izin ALLAH SWT, aku kembali kuat seperti sedia kala. Aku tidak boleh terus mengenangkan apa yg dah berlaku, aku mesti belajar lupakan, belajar utk terima ujian dari ALLAH SWT.

Aku cuba sibukkan diri dengan bekerja sambilan. Hanya menjadi sebagai gadis ais blend, gadis potong buah dan pembuat abc waktu itu. Tetapi aku seronok. Alhamdulillah, aku mendapat bos yg sangat baik. Gaji yg lumayan. Persekitaran kerja yg baik dan yg penting tempat solat berhampiran shaja dgn tempat aku kerja. Aku bertahan kerja di situ dalam 6 bulan shja. Akhirnya aku berhenti krn aku tidak tahan dgn si pembawa mulut dan si talam dua muka.Kerja kedua dan terakhir aku di Farmasi. Dari situ aku belajar sedikit tentang ubatan. Nak menghafal semua nma ubat, bukan lah sesuatu yg senang. Aku sendiri mengambil masa.

Aku berhenti kerja di farmasi krn aku mdapat tawaran sambung belajar di salah satu tempat pengajian dalam bidang yg aku benar-benar inginkan dari dlu. Atas persetujuan dan keizinan keluarga, aku ke sana. Bermulalah kisah hidup baru aku. Aku bertemu dgn rakan baru yg berbeza latar belakang dan cara hidup. Aku kembali belajar. Apabila kami berkumpul, macam2 bahasa keluar. Itu kebahagiaan aku yg sederhana. Mereka sahabat saat aku jatuh bangun. Pengalaman pahit dlu, aku simpan kemas jauh di sudut hati aku yg paling dalam. Tetapi jangkaan aku terlalu jauh menyebabkan aku tidak sedar ,aku bakal melalui pengalaman pahit buat kali kedua. Pengalaman yg sama malah lebih teruk dari yg pertama dahulu. Semua nya berkait dgn insan yg bernama “lelaki”. Kerana terlalu letak kepercayaan, aku dijadikan mangsa. Aku dikianati oleh org yg aku percaya. Aku kembali murung. Aku kembali jatuh.

“she’s acting that way bcos of her past or her tough life. You don’t know her so don’t judge.”

Sejak dari peristiwa itu, aku mnjadi seorg yg pendiam. Cara aku juga berbeza. Ada waktu aku mnjadi seorg yg kasar, ada juga waktu aku bersikap sperti budak kecil. Jika di andaikan aku seakan org gila wktu itu, mgkin aku tidak akn menafikan. Pernah sekali terjadi, aku menjerit dan menangis tanpa sedar ketika tidur. Aku juga takut utk tidur seorang. Aku takut utk duduk dlm gelap. Keluarga dan sahabat sedar perubahan aku. Seboleh nya aku ingin menutup kisah apa yg blaku. Tetapi aku lemah, aku sudah tidak mampu. Pada mereka aku luahkan semuanya. Terlihat wajah terkejut mereka. Percaya lah, lagi sakit rasanya mengalami semua ini drpd hanya bercerita kembali..

Aku ada keluarga yg memahami dan mnjadi tulang belakang aku. Aku ada mak ayah yg tidak pernah judge aku ,terima ank dia ni seadanya, yg mjadi pendengar setia stiap keluhan dan sesi aduan aku. Aku ada adik beradik yg tidak pernah bhenti mnyokong aku,memberi galakan yg tbaik utk aku. Aku ada anak-anak buah yg baik dan comel, periang , sihat tubuh badan, hensem dan cantik serta yg penting menghormati org yg lebih tua dri nya. Aku ada sahabat seperjuangan dlm mngejar gelaran diploma bersama. Sama-sama melalui penat nye lelah belajar, tetapi bkn disini berakhir nya dlm mencari ilmu. Kami memasang impian utk sambung belajar dlm bidang kemahiran masing-masing. 5 jam perjalanan dari kampong, aku merantau ke tempat org utk mcapai segulung diploma 3 thun. Berbaki lagi beberapa bulan aku akan grad. Hanya utk membuat keluarga bangga, mak ayah tersenyum utk aku. Mohon mak ayah tggu sekejap sahaja lagi, aku kan berkidmat utk mu duhai ayah bonda. Ini kebahagian aku yg sederhana.

Kini, jika aku ditanya adakah aku masih mengingati kenangan-kenangan pahit  itu?? 

Masa lalu Aku sudah melupakan. 
Masa sekarang Aku tempuhi dengan redha. 
Masa hadapan Aku serahkan segalanya pada ALLAH SWT”

Benar, aku serah kan segala nya pada ALLAH SWT. Siapa aku utk melawan takdir. Siapa aku utk menghalang memori itu kembali. Kenangan itu tetap akn dtg menjengah, apa yg aku telah persiapkan ?? Aku akan hadapi nya dgn tenang, aku tidak akan cepat melatah. Aku tidak akan mengalah atau mengelak lagi. Kerana AKU ADA ALLAH . Aku hanya seorang hamba. Seorang hamba yg redha dgn ketentuan ALLAH SWT. Ini Perjalanan Hidup ku.

Coretan,
- insan sedang perbaiki diri-