( agi idup, agi ngelaban )
Aku membesar dibawah jagaan dia. Antara adik beradik lain
aku dimanjakan lebih. Masih aku ingat
sewaktu dia bekerja di KL,hampir setiap minggu dia akan pulang ke kampung dan
setiap mggu jugak lah aku menanti dia. Pernah ada sekali dia tidak dapat balik
kampung, aku demam panas sampai mak abah terpaksa naik KL bawak aku jumpa dgn
dia dan demam terus kebah time tu..hehehehe..
Untuk mengelak kan aku tercari2 dia kemudian hari, mak
ambil sehelai baju dia yg belum basuh. then bagi kat aku. Walaupun bau tu tidak
lah seperti bau minyak wangi tp bagi aku itu lah bau yg mnyenangkan
aku.sehingga kini aku cam bau badan dia dan selamanya. Sepanjang aku membesar, dia penuhi semua
kehendak aku. Tidak pernah satu pun aku nak dia tidak tunaikan. Apabila adk beradik lain kata aku "adik
emas" dia. Sememangnya,aku tidak nafikan. Yes, i am.
Tidak pernah sekali pun aku dengar dia merungut, mengeluh
atau mengatakan tidak boleh pada aku. Dia beri sepenuh nya kasih sayang dan
perhatian pada aku.
Sebagai anak sulong, dia bina rumah buat mak abah. Dia
bantu adk beradik lain andai ada masalah. Dia lepaskan 4 org adk dia dulu untuk
bina rumah tangga dan bila tiba waktu dia pula naik pelamin,aku org pertama yg
merasa sangat kehilangan. Tetapi aku bersyukur, dia dapat seorg isteri yg sgt
baik,sopan,lemah lembut.. Aku bahagia bila dia bahagia. Pada mata aku, along
mendapat isteri yang sangat sempurna.
Dia jarang menyatakan sayang dia pada aku, tapi dia
menunjukkan melalui perbuatan. Dia tidak pernah naik tangan untuk memukul aku.
Mungkin juga dia tahu aku jenis pantang dengan lelaki naik tangan pada wanita.
Walaupun aku jauh dari keluarga sekarang. Aku masih
mencari dia dan mak. Apabila aku stress belajar kat sini, aku cari dia untuk
sesi aduan rakyat. Cara along sangat tenang apabila handle sikap aku yang
berjuta flavour ni . Terima kasih along kerana sentiasa ada, sayang dunia akhirat.
