"Qushairi,seorang sahabat sejati di sisi Anwar Arasy.sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat temannya itu terus hidup. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi sebuah kehilangan satu-satunya sahabat yang pernah susah senang dengannya.Dalam meniti hujung usia nya,Anwar Arasy isikan dengan segala amalan dan kebaikan .segala peluang dan kesempatan direbutnya.Dan sebelum tiba masanya,hanya satu yang ingin dihajatinya..menyempurnakan terawihnya hingga ke akhirnya"
novel nie miss dah lama beli,,dan dah byk kali khatam nye..hehe..apa yg miss nak share kat sini ..novel nie amat menyentuh hati . rasa tak rugi baca banyak kali sbb di dalam nya byk pengajaran,nasihat dan motivasi kpd kita.tahniah kepada penulis Anuar Kamaruddin kerana telah menghasilkan novel yg amat mengharukan.
miss tertanya,adakah wujud insan seperti anwar arasy di dlm novel tu..insan yg sgt baik keperibadiannya.insan yg tidak mngejar nikmat dunia.menundukkan pandangan pd ajnabi.menghormati org tua dan beribadah pd ALLAH SWT.
sama juga seperti rakannya Qushairi,kebajikan sahabatnya amat dijaga rapi.mengutamakan rakannya dari semua segi.
"Hendaklah bersahabat dengan orang yg berakhlak mulia krn yg berakhlak mulia akan menyelamatkan diri kita sebagaimana pesanan Alqamah kepada anaknya : " jika engkau ingin bersahabat ,carilah sahabat yg ada menbantu di kala kesusahan ,yg boleh menyembunyikan keaiban dan kesalahan yg dilakukan,yg menolong di waktu kesempitan,yg akan membalas kebaikan mu dgn kebaikan juga,yg membenarkan katamu selagi engkau berkata benar dan yg akan mnyebelahimu apabila berlaku perbalahan" (Mafhum Riwayah)
"Tertulis kematian,
Pada suratan kehidupan,
Namun hanya ALLAH yang tahu,
Bilakah ajal bakal bertamu.
Detiknya menghampiri,
Tanpa petanda yang menanti,
Bila tiba saatnya nanti,
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian,
Hadirnya tidak pernah kita alukan,
Tua dan muda,miskin dan kaya,
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata,
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya,
Hanya amalan bisa redhakan,
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti,
Bersama nafas yang tak terhela lagi,
Kerana jiwa meninggalkan pergi,
Pulang kembali untuk menghadap ILAHI
Dari ALLAH kita datang,
Kepada-NYA kita pasti pulang,
Detiknya pasti tiba,
Adakah kita bersedia?
" apabila manusia telah meninggal dunia ,maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang di manfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan ) yg berdoa untuk nya" (Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi)
*petikan dari novel "Bingkisan Dari Hati "..
catatan miss lili..

No comments:
Post a Comment