kita sebagai manusia ,iaitu hamba ALLAH SWT memang tak sempurna ..bila buat salah atau dosa,kita menyesal.. dan kadang-kadang kita buat lagi..Tapi ALLAH SWT Maha Pengampun..PengampunanNYA Maha Luas..kuatkan hati,kuatkan iman kita..bersabar lah dengan dugaan ..hidup di dunia ini sementara sahaja..yang kekal adalah di akhirat sana..entah esok,entah lusa kita akan mengadapNya..kita pun tidak tahu..tapi apa yang kita tahu dan kita pasti ,semua yang hidup pasti akan mati..Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan ALLAH SWT dalam iman..aamiin

Moga ALLAH redha..

Thursday, 8 January 2015

Ayah Bonda Tersayang

Assalamualaikum,,
Bismillah..
 Hajat dihati mmg nak update blog nie,rsa macam dah lama biar dia bersarang..tetapi disebabkan byk hal yg berlaku,jadi baru hari ini tergerak hati nak update post.

Pada 28/12/2014 pukul 4 pagi,tarikh yg x mungkin dpt dilupakan..banjir melanda kampung ,,
ALLAH SWT hanya menghantar air,sesuatu yg sgt lembut pd mata kita tetapi kesannya ..SUBHANALLAH..tidak semua barang dpt diselamatkan ,apa yg terlintas dlm fikiran itu lah yg sempat dicapai..yg selebihnya?hanya redha yg mampu kita lakukan..

Melihat rumah tempat kita berteduh,sedikit demi sedikit naik dek air..kita tidak mampu berbuat apa .hanya tergamam. dlm fikiran kosong. 2014 adalah tahun yg amat mencabar bagi miss,byk pkara yg berlaku sepanjang tahun ini. dan ini adalah dugaan yg berat utk miss terima. tetapi di sebabkan nasihat dan dorongan dri keluarga,rakan,lecture. miss cuba bangun sedikit demi sedikit. belajar utk redha dgn ketentuan ALLAH. 

Dalam waktu yg sama,,rakan2 yg lain sudah blik ke melaka uruskan pendaftaran sem baru dan pengambilan results. antara tanggungjwb terhadap keluarga ,fikiran seringkali terbang ke melaka. Banyak perkara yg perlu difikirkan. tetapi mind set telah ditetapkan,tidak kira apa yg akan blaku miss x kan tinggalkan keluarga lebih2 lagi dlm keadaan begini .andai miss blik ke melaka skalipun,biarlah time tu kebajikan keluarga kembali stabil seperti sedia kala.biarlah keadaan rumah sama seperti dulu.barulah hati miss akan bertenang.

30/12/2014..air mula surut setiap sejam,walaupun tidak banyak tetapi terlihat perbezaan dri sebelum ini. Sesi mndikan rumah bermula. semua perabut kayu ,habis semua kembang . hanya yg besi shja mampu bertahan. hampir semua barang di buang keluar. rumah licin bersih sama seperti kali pertama kami masuk rumah itu dahulu .apabila bersuara,bergema satu rumah. sehingga lah sekarang 8/1/2015,kami msih mngemas rumah..nekad di hati,mesti siapkan sebelum miss blik ke melaka.utk biarkan mak dan abah mngemas rumah dgn keadaan mereka yg dimamah usia..tidak tergamak hati utk berbuat begitu.biarlah mereka yg mngarah,dan biarlah kami yg berpenat .asalkan mereka selesa,sudah cukup buat kami gembira.

Sabtu ni,10/1/2015. miss akan blik melaka .keadaan rumah akn kembali stabil utk keselesaan mak abah.rsa berat hati nak tinggalkan mereka. tetapi tanggungjawab miss di sana msih lagi belum selesai..hanya doa yg mampu miss titipkan,semoga mak abah berada dlm keadaan baik2 shj.lindungilah org tua ku,Ya ALLAH..ameen
  
(Ayah Bonda Tersayang)
-miss lili-

No comments:

Post a Comment