kita sebagai manusia ,iaitu hamba ALLAH SWT memang tak sempurna ..bila buat salah atau dosa,kita menyesal.. dan kadang-kadang kita buat lagi..Tapi ALLAH SWT Maha Pengampun..PengampunanNYA Maha Luas..kuatkan hati,kuatkan iman kita..bersabar lah dengan dugaan ..hidup di dunia ini sementara sahaja..yang kekal adalah di akhirat sana..entah esok,entah lusa kita akan mengadapNya..kita pun tidak tahu..tapi apa yang kita tahu dan kita pasti ,semua yang hidup pasti akan mati..Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan ALLAH SWT dalam iman..aamiin

Moga ALLAH redha..

Tuesday, 16 June 2015

Berbahagia lah Duhai Muslimah



Assalamualaikum,,
Bismillah..

Perempuan.
Walau bagaimana sibuk dan aktif dlm society , kental bawa diri tak ada pakwe , bersemangat dlm dakwah atau  bijak melangit dlm pelajaran , tetap takkan lari drpd bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut
Suka orang itu . Suka org ini.
Nak jaga hati
Tak nak lagha
Tak nak fikir yg sia-sia
Terkadang sampai rindu sangat smpai nak kawin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple , rasa nak couple jugak
Bila fikir balik , tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa , tetapi jiwa terseksa.
 
Tengok orang kahwin , nak kahwin jua , tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yg tahu hanya mahu kahwin  bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari . Bercampur –baur dlm hati

Itu lumrah, sayang .
Apatah lagi dlm umur yg makin meningkat dewasa
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa
Cuma terkadang diri perlu tahu , focus kehidupan nya di mana
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu

Wake up . Hidup dlm dunia sebenar.
Perjalanan dlm hidup ini jauh
Bukan sekadar soal sya-suka-awak- dan awk-suka-saya , tiada-apa-yang-menghalang-kita-jom-kawin- semata

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dlm kehidupan
Salah satu cabang yg penting.
Dan banyak lagi cabang penting lain juga yg perlu diberi focus
Rasa yang datang tiada siapa yg sengaja mengundang
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijak lah dlm mengawal rasa suka




Itu yg dikata
Bila suka jangan terlalu suka
Bila benci usah terlalu benci
Selalu lah untuk berada di tengah-tengah
Kerana selama tiada ikatan halal yg termeterai , dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa
Genggam kemas hati itu baik-baik
Usah mudah lemah
Bina semangat yg kental

Cari dimana jiwa yg benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi’ah el-Adawiyah.
Cari lah di mana jiwa yg selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya Seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari lah di mana jiwa yg tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yg tegar terjun ke dalam minyak yg panas semata-mata untuk mempertahankan keimanannya.
Carilah di mana jiwa seorang Sumayyah yg rela diseksa dengan pelbagai dugaan yg menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Allah
Cari lah di mana jiwa seorang Zinnirah yg rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yg terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah .

Belajar lah menjadi seorang wanita
Belajar untuk menjadi seorang wanita
Berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam
Jgn biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah
 
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua , tetapi biar mahu sampai ke syurga
Mahu kawin bukan hidup berdua je , nantinya keluarga sudah makin bertambah yg menanti.
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yg menanti

Kalau kita yang seorang prempuan sekarang malas mahu menimba ilmu , maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yg sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dlm mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kpd anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yg mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami
Kalau kita yang seorang perempauan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yg teguh menanti kelak.
Kalau kita yg seorang perempuan yang lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yg akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yg bahagia.
Kalau kita seorang perempauan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yg akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mijahid kecil

Ilmu sekarang bukan untuk skor dean’s list dan belajar jurusan di university sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam al-Quran
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga

Belajarlah memasak . Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi . Asal sahaja mahu belajar . Anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi . Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari
Belajar bagaimana mahu menjadi seorang wanita yg produktif

Ya . Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara , dan kerana tidak tahu banyak perkara itu lah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yg penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat
Tak ada org yang secara semula jadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar

Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan wonder women
 
Bukan.
Ini mahu menberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempaun harus berperanan terutama dalam dunia , moden zaman kini
Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh , berniqap atau melilit –lilit
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yg selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya

Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yg mampu

Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yg begitu jua lah yg bakal dihadirkan Allah SWT.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yg begitu jua lah yg akan datang melengkapkan kehidupan
Hidup ini mudah
Buat apa yg Allah SWT suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yg diberi Allah SWT.
Kerana tiada apa yg tidak baik datang daripada Allah SWT melainkan segalanya baik-baik belaka

Berbahagia lah Duhai Muslimah

No comments:

Post a Comment