Siapa yang kau cari bila hilang tempat pengharapan? Apa yang
kau betul-betul hajatkan dalam hidup ini? Apa yang kau cari? Siapa kau?
Bangun !! dia suruh kau bangun
Dunia yang kau katakan kejam, suruh kau bangun
Kehidupan yang kau tinggalkan, suruh kau bangun
Kenangan yang kau ingin lupakan, suruh kau bangun
Sejarah yang kau ingin buang, suruh kau bangun
juga ....
Diri kau yang telah kau hancurkan, suruh kau bangun
Benar kau sudah jauh tersesat, tetapi pintu taubat tidak pernah menghukumi atau mengadili siapa kau yang dulu. Selagi kau masih dipinjamkan nafas untuk menghirup udara, selagi itulah kau masih ada peluang. Peluang untuk kembali, kembali bersujud pada DIA YANG SATU .

Jangan kesali dengan apa yg telah berlaku, semuanya
bersebab. Percaya. Terima dengan baik. DIA
tahu ujian ini berat utk kau tanggung tetapi DIA bagi sbb tahu kau mampu. Letak
kepercayaan pada Allah SWT.
Jika kau jatuh kerana manusia, kini kau perlu bangkit kerana
Allah SWT.
Seperti Tuan Menceritakan Nasibnya Sendiri..
“ dia pilih untuk kembali
krn dia mula takut pada diri sendiri. Dia takut sejauh mana diri dia mampu
hanyut apabila berada di kehidupan yang tiada batasnya. Kerana saat itu akal
fikirannya bukan lagi dikawal oleh diri dia sendiri. Dia tahu risiko dan apa
kesannya andai dia pergi. Tetapi untuk selamat kan diri, dia perlu buat
pilihan. Walaupun terpaksa melepaskan kerjaya nya yang selama ini dia idamkan.
Betapa seksa dan bercelarunya dia ketika itu. Tiada siapa yang tahu kerana dia
memilih untuk memendam sendiri. Tempat dia bergantung harap sebelum ini telah pun pergi. Waktu tetap berlalu, dia kuat sendiri. Dari situ dia mula pikir "orang datang dan pergi, tiada yang kekal. Hidup jangan bergantung harap pada orang juga jangan letak kepercayaan "..
Allah sudah susun cantik cantik jalan hidup kita. Tidak kisah siapa kita sebelum ini, tapi yang kisah siapa kita hari ini. You Never Walk Alone. - itu kata kata si penggemar hijau yang sentiasa berada dalam ingatan.
Dan kini, I seek Allah forgiveness...
Berharap masih belum terlambat. Doa buat diri sendiri moga kekal bertahan lagi.
***
#misslili *qalamhazin
#pahang

No comments:
Post a Comment