kita sebagai manusia ,iaitu hamba ALLAH SWT memang tak sempurna ..bila buat salah atau dosa,kita menyesal.. dan kadang-kadang kita buat lagi..Tapi ALLAH SWT Maha Pengampun..PengampunanNYA Maha Luas..kuatkan hati,kuatkan iman kita..bersabar lah dengan dugaan ..hidup di dunia ini sementara sahaja..yang kekal adalah di akhirat sana..entah esok,entah lusa kita akan mengadapNya..kita pun tidak tahu..tapi apa yang kita tahu dan kita pasti ,semua yang hidup pasti akan mati..Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan ALLAH SWT dalam iman..aamiin

Moga ALLAH redha..

Tuesday, 21 March 2017

Yang Diingati



BUAT YANG DIINGATI...


Jangan cinta kerana dia lelaki..
Kelak kita akan membenci..
Jika dia bukan lelaki yang dicari..
Hanya pandai menabur janji..

Jangan dirindu pada paras rupa..
Kelak kita akan terseksa..
Jika dia tidak sebaik rupa..
Senyumannya manis tipu belaka..

Jangan sayang kerana berharta..
Kelak kita hidup menderita..
Jika hartanya habis dibelanja..
Sukarnya hidup miskin dan papa..

Jangan dikasih kerana dipuji..
Kelak kita menagih janji..
Jika rupa berkedut dimamah hari..
Hilang sudah puji memuji..

Jangan dicari seorang kekasih..
Kelak kita akna tersisih..
Jika kasih luntur bersih..
Menangis lah diri hidup bersedih..

Jangan disembut salam rindu..
Kelak kita menahan rindu..
Jika rindu tidak dapat disatu
Dimanakah akan kita mengadu..

Jangan dilayan seorang teman..
Kelak hidup menjadi ancaman..
Jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

Wahai sahabat wahai teman..
Carilah dia kerana Tuhan..
Untuk menambah ceteknya iman..
Bekalan diri hidup berteman..

Wahai sahabat wahai teman..
Cintailah dia kerana beriman..
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
Baik buruk ketentuan Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..
Terimalah dia penuh keikhlasan..
Andai buruk anggaplah dugaan..
Andai baik pujilah Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..
Ingatlah akan janji Tuhan..
Isteri yang baik besar balasan..
Suami penyabar itulah kemenangan..


No comments:

Post a Comment